Tuesday, September 20, 2011

Bersedekah salah SATU amalan TTC



Assalammualaikum w.b.t . .


Pagi semuaa ~ lambat sikit update si gedik ni, bukan ape, banyak kerjaa laa . . HEHE~ Pagi ni ai nak share sumthing dengan uols.. Ala sure baca tajuk pun dah tau kan ? BERSEDEKAH !


Semua orang tau sedekah itu besar pahalanya, malah sedekah itu boleh dijadikan sebagai pendinding kira daripada api neraka . . Kita nak bersedekah bila bila masa, tempat , kepada siapa, ikut suka . . Janji hati kita ikhlas bersedekah !


Rasulullah SAW sangat menggalakkan umat baginda untuk bersedekah walaupun hanya dalam bentuk cuma sebelah buah kurma. Ini terbukti melalui hadis baginda yang bermaksud : Dari 'Adi bin Hatim r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : Siapa yang sanggup mendinding dirinya dari api neraka, Walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka hendaklah dia lakukan (segera). (Hadis no.972 daripada Kitab Terjemahan Hadis Muslim Jilid 1,2,3,4)



See ! ai tak tipu uols kan ? Berapa jam ai seacrh pasal sedekah ni je.. HEHE~ Even uols bagi budak budak RM1 pun tu pun dah kira bersedekah , tapi dengan hati yang ikhlas la!Apa ganjaran hebat bersedekah ni ?? Haaa . . jom tengok apa yang ai dapat bila tanya EN.GooGle ni! HEHE~


Nabi kita memang menggalakkan umatnya memperbanyakkan sedekah, supaya rezeki yang ALLAH berikan kepada kita tu menjadi lebih berkat... !! Allah menjamin kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipatkaliganda (700kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-NYA dan sabda Rasulullah SAW , sbb :

Allah Ta'ala berfirman, " Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan ALLAH) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka KAMI kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah ". (Qs. Al Lail (92) : 5-8)


Bukan itu je, bersedekah ni juga boleh menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit sebagaimana sabda Rasulullah SAW , sbb :

"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah "

"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah"


Sedekah kita, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi ALLAH. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab untuk membelanjakan harta akan memperoleh berkat dan sebaliknya menahan daripada celaka. Tidak hairan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur dan menabung disisi ALLAH dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada ALLAH. Balasan yang akan diperolehi berlipatkaliganda ! Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu !!


Dari Abu Hurairah RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : "Bila seseorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus kecuali tiga perkara : Amal jariah (bersedekah), ilmu yang bermanfaat ataupun anak soleh yang mendoakannya' (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad). Ini bermaksud bersedekah ini pahalanya mengalir sehingga seseorang tu meninggal dunia...


"Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-NYA dan Ia juga menyempitkan baginya dan apa saja yang kamu dermakan maka ALLAH akan menggantikannya dan Dialah juga sebaik baik pemberi rezeki"


Anak itu rezeki hebat, pemberian hebat dari ALLAH.. Dengan itu, rajin rajin lah kita warga TTC bersedekah kerana ianya juga salah satu amalan berkat untuk kita mendapatkan keredhaan dari-Nya.. Moga moga doa kita diperkenankan olehNya dan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah ... Aminnn ~









Yang berniat bersedekah untuk mendapatkan zuriat,
signature ms eida

2 comments:

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page