Thursday, September 29, 2011

5tahun lagi kita pergi HAJI ye ? !!



Assalammualaikum w.b.t . .


Petang petang hari ni , tak de kerja ! Eh! Dari tadi sebenarnya dok upload gambar gambar , tak sudah sudah ! Ape ke lembap nya alahaiiii internet hari ni . . HUHU~ Sesambil tu ai layan mukabuku yang dah tak semenggah rasanya ! Tapi terpaksa layan gak sebab dah tak de menda nak layan... HEHE~


Ada seseorang tag kat ai perkara ni.. Ala, dah lapuk pasal rokok ni ! Dok kata kalau merokok akan mati cepat, TAK LAYAN ! Kalau kata merokok ni pembaziran, PUN TAK LAYAN !! Dok tampal iklan yang menakutkan kat kotak rokok konon konon nak saiko perokok, pun TAK LAYAN derrr !!! Diaorg ni perokok tegar ! Bukan perokok TAK MACHO la beb!! Cit !!



*Ni ai tepek sebesar gedabak! Pun TAK LAYAN kot?!!!*






Bak kata Ustaz Zamri di ibaratkan kalau perokok ini sebenarnya seorang yang KAYA dari semua orangg !! Kira boleh buat HAJI selang 5tahun sekaliiii ~ HUHU.. Macam ne tu ? Tengok ni perkiraaan nyaaa . .


Harga rokok (purata) : RM10 (sekotak) x sehari

Jumlah tahunan : RM3,650

Tempoh Merokok : RM3,650 x 5 Tahun = RM18,250





Haaaa . . Makanya, Perokok tegar ni WAJIB MENUNAIKAN HAJI kerana terdapat lebihan harta mereka yang selama 5tahun itu disia siakan dan dibakar..... Kan ? Takyah cakap banyak, hubby ai pun perokok jugakkk ! 5tahun akan datang, nak ajak pergi HAJI lah.... HUHU~













Yang rasa hubby takkan behenti merokok, So SAD !!
signature ms eida
Read More ->>

Jemput makan semuaaaa . . .

Assalammualaikum w.b.t . .


Minggu lepas, beberapa kawan ai nak datang rumah, kawan hubby pun nak datang, alang alang ai buat lah makan makan sikit secara kecil kecilan di rumah ai yang kecik secoet tu ! Ajak pun last minit semuaaa . . Ajak pun tak ramai . . Mengikut budjet yang hadooo ~ HEHE.. Tahun depan murah rezeki lg, buat lagi... HEHE~


1st time kawan kawan datang rumah, banyak reaksi yang timbull... Rata rata cakap 'PENATNYA NAIK TANGGA !!" Tau kan rumah ai ni tingkat 4? Tiada lif! Hambik ko !! Pastu pulak ada yang kata 'SUSAHNYA NAK CARI PARKING!!' Haaa . . Memang pun! Rumah ai ni dah nama pun flat kan ? Mestilah parking pun cukup cukup untuk penghuni jee~ Parking visitor ada lah dalam beberapa kerat je! Ai pun bengang gak dalam isu parking ni.. Ntah bila nak settle !! Kesian ramai tetamu yang kene parking luar dari kawasan rumah, or terpaksa menumpang parking di petak orang... Makan pun serba salah je !! Takut kereta kene clamp! HEHE~


Apa apa pun rata rata tetamu yang datang semua bagi pujian kat juadah yang diberikan! Mane taknya, ai import MASTER CHEF !!! HEHE~ Mymom lorrr . . Sapa lagiiii~ Bagi je duit, mak siapkan semuaaa . . Tapi agak agak sikit, ai pun tolong masak ni... Dari pukul 7pg sampai kul 1tghr baru settle !! Sib baik ai suruh kawan kawan datang pukul 3pm ke ats... HEHE~ Jom usha menu...... Yummy !!

Menu Utama : Mee Rebus !

Nasi Impit & Rendang Hijau !

Makaroni Goreng ! *ni ai goreng!*

Pencuci Mulut : Sagu Melaka ! *dah kata orang Melaka kann.....*

Minuman : Sarsi *2x bancuh!!*

Makanan lain : Apam polkadot, Kek & Kuihmuih,Kacang & Makanan Ringan !



Terliur kan ? Sedap !! Mak masakkk ~ HEHHEHE! Ai kan mana retii masak semua ituuu~ Belum tiba masanyaa... HAHHAAA!! Uols tau, ai buat sedikit deco tuk rumah ai ni.. Yela kang orang datang rumah, tak de suasanan HARI RAYA, tak SYOK ooo !! Simple je !Tak sampai berapa minit dah siapp.. HEHE~



Comeii tomeii tak ? Cermin tu memang dah lama ada.... Ai tambah ketupat lampu yang taknak menyala !! Tak tau pesal, sakit hati!!! Tapi comei jugak even dia tak menyala... HEHE~ Ketupat yang dianyam oleh officemate , sampul duit raya .. HEHE~ Ekceli semua deco tu ai amik dari Office ai je.. Pastu ai letak kat rumah aii.. HEHHE!!~


Malam tu hubby cakap dia seronok tengok kawan kawan dia datang rumah,makan, pastu suka lagi bila ramai yang suka makanan we all, siap bertambah! Sorie tak leh tapau sebab habisssss semuanyaaaa . . HEHE~ Alhamdulillah.... Kawan kawan stat datang pukul 3pm, ai ada jugak mengajak jiran tetangga.. Time ni la nak kenal jiran kan ? Semua yang ai jemput, alhamdulillah datang....


Acara wajib yang datang ke rumah ai pada hari tu, ialah TANGKAP GAMBAR !! HUHU~ Jom layannn gambar gambar kawan kawan yang hadir~~

TQ to Sis P & En. Kahar & family~

TQ to Nuar & Rodney ~

TQ to Zaini & Kak Siti~

TQ to Anna & Arjuna~

TQ to Amir & KakNisha~

TQ to Izura & bakal suami .. HEHE~

TQ to Cta & Sis P~

TQ to Anum & Zakri ~

TQ to Alla & Yatie~

TQ Hasbi & Family~

TQ to all of u !! (kawan sek men)

TQ to Jejak & KakSue~

TQ to Ipin & KakLin~

TQ to Chip & Ain~ TQ to Lan~

TQ to Kumpang~

TQ to TuanZul~ *apahal gambar goyang ni??*

TQ to Eyuh & Kaklong~ TQ to Hour ~

TQ Rita & Zaidi~

TQ to Abang & KakIma ~ *abg sulung hubby*

Fuhh !! Jenuh ai upload muka sorang sorang~ Ramai tak hengat! Rumah ai penuh ! Al maklum la kecik secoet je ! Sampai kan ai pun sendiri tak tau nak duduk mana, nak layan yang mana 1 ! HUHU~



Ada ai terbaca blog Hani, dia kata ada orang kata *berapa banyak orang kata daaaa...* Pegang la baby selalu, amik berkat ! Uols pernah dengar kan ? Ai selalu disuruh buat gitu~~ Boleh caya ke? Ai memang suka baby !! Yang mana datang rumah ai tu bawak baby, seme ai pegang !!! Pastu tangkap tangkap gambar... HEHE~





Hihihi~i.. Tapi memang best bau baby kan ? Wangi semacam je... Ke mak bapak diaorg yang spray perfume ? HEHE~ Settle semuaa... Makanan pun habis, yang dijemput ramai yang datang.. TQ semuaaa !! Jom tengok orang kuat di sebalik jamuan makan makan kecik kecik ai ni~~~

Of coz family tersayang yang banyak membantu !!



To sesiapa yang baca blog ini yang dijemput - TQ DATANG TAU !!! Korang memang sporting !! Ajak last minit pun datang.. TQ !!! Sorie la kalau ai TAK TERLAYAN uols semuaa... Ramai kot yang datang serentak ! Sorie jugak kalau ada yang makan kat luar rumah.... Sori !!!!~


To sesiapa yang baca blog ini tapi tak dijemput - Sorry !!! Perancangan yang last minit, dan jugak ini hanya kecik kecilan.. Budjet ciput ! Ciput pun habis ratusan ni.. HUHU~ Doakan ai murah rezeki selalu, tahun depan buat lagi!! Ai ajak semuaaa hokayyyy !! Ini baru permulaaan.. ~Cewahhhh...




p/s : buat makan makan ni, kene mengemas bagai, ai terus Demam!!!










Yang RAYA SAKAN,
signature ms eida
Read More ->>

Hatiku gundah gulana kerana kamu !!


Assalammualaikum w.b.t . .


Semenjak dua menjak tengok kamu ni rasa macam tak senang duduk ! Hari hari terbayang bayang~ Auw ! Tapi kenapa lah kamu begituuuu mahallllll !!!! HEHE~ Sure uols semua dah fikir 'kamu' yang disebutkan tu orang kan ? Tapi bukan ! Salah !! Ianya adalah beg kacang a.k.a BEAN BAG !!!



Comei tomei kan kalau letak kat ruang tamu, boleh baring baring sambil tengok TV , empuk je rasa! Bestnyaaaa !!! Semalam ai servey harganya, uiiiiiiii~~ Cecah ratus ratusan 1 beg!!! Macam ne nak beli berbeg beg ni ! Ingat ai cukup ke dengan 1 beg ? Mesti nak 2 3 4 5 !! Tamak pulak !!! HEHE~



Haaaa , tengok pempuan tu santai je baring baring.. Gerenti dok mengalamun teringat boifren! Hikhkhkhik. .



Pergh!!! Kalau dapat yang macam ini, lagi syoookkk habisss beb !!! Satu badan penuh ! Nak nak nak beanbag ni !!! ~ *ada sapa sapa nak bagi takk?*


Yang ni kes melampau ! Dah macam tilam daaaaa . . Boleh main golek golek bersama hubby... Auw! heaven nya kalau dapat baring macam sikecik tu kan ? HEHE~


OMJayy !! I heart this ! Tergila gila sangat !! Ai nak besar macam ni.... Ai nak colour merah macam ni... Bestnya !!!! *harap harap hubby baca entry ini* HEHE~


Ada pulak yang buat macam ni ? Ai tak lah kan, sebab rumah ai mana ada ruang gini... HUHU~ Kalau sapa sapa ada rumah banglo ke ape ke.. Boleh la order !!! HEHE~



Ai semalam sibuk mencari web web yang menjual beg kacang ni.. Ada lah jumpa sehelai dua.. hkhikhik.. STRATEGI BEANBAG & LULUBEAN ~ Tapi seperti biasa, mahal laaaa . . Tak de yang murah murah sikit ke? Ataupun ai kene buat sendiri ??? Akan difikirkan... HUHU . . Tapi yang pasti . .

I NAKK BEANBAG !!!~










Yang start kene berjimat cermat nk beli BeanBag ni!
signature ms eida
Read More ->>

Wednesday, September 28, 2011

KUKU & CINCIN ~ CARA ISLAM !


Assalammualaikum w.b.t . .


Hari ni jom kita review sama sama cara memotong kuku mengikut CARA ISLAM ! *tetiba macam nak jadik Ustazah pulak!* Ramai kot yang dah tau pasal ni tapi MASIH potong kuku ikut suka hati jantung lemak dia jeeeee . . Tak pasal pasal dosa dahhhhh . . Kalau ikut, senang senang je dapat pahala . . .


*Cara memotong kuku Ikut kiraan Nombor!*

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزاليومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيلأن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنىالرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))




Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!! opsss . . silap ! Kalau panggil khinzir lembut sikit.. HEHE~ Bayangkan jika kesemua jejari kita tu menyimpan kuku yang panjang, berapa banyak dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua khinzir khinzir tu ?? Jadik ? Potonglah kuku anda... Jangan nak ikut trend sangat remaja sekarang simpan kuku panjang ni.. Ntah ape ape je !!!



The truth is, JANGAN ada niat langsung nak simpan kuku panjang even sekejap pun ! Even hanya 1mm ataupun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas alasan apa sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah laggi menggunakan tangan untuk beristinjak...


Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunya anak yang kurang pandai, ataupun degil dan suka buat onar ! HEHE.. Sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan. Apa jua ilmu yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.


Percayalah.


Untuk yang bujang, beringatlah. Kalau hendak mencari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihla wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Isya-ALLAH.


Lagipun kan, berkuku panjang ni boleh mendatangkan hal hal yang tak sihat kat kita tau ! Tahukan uols semua kuku yang panjang mempunya sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia , iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri. Ini tidak termasuk nak korek hidung la, telinga dan sewaktu dengannya.. HEHE~



Ok! Settle bab kuku ! Paham kan kenapa perlu wajib berkuku pendek ?? HEHE~ Selamat beramal !! Now kita nak review cara memakai cincin pulakkkk ~ Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali , sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu pakailah cincin di jari

1) jari manis
2) jari kelingking (anak jari)


dan JANGAN MEMAKAI pada jari

1) jari tengah
2) jari telunjuk


Nabi Muhammad SAW melarang kita kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh ALLAH iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. Cara pemakaian cincin tidak kira lelaki mahupun perempuan.


Ai sekadar berkongsi yeee . . Jangan cakap ai ni poyo poyo je ! Tapi sungguh ai mengikut cara ISLAM memotong kuku dan memakai cincin.. Tak salah kan ?Kita nak berhias boleh, tapi ikut lah cara yang betul..Kalau tidak, sia sia je kita mendapat laknat dari ALLAH swt. Nabi Muhammad SAW memakai cincin, dan kalau kita memakai cincin dengan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW , senang senang je kita dapat pahalaaa.. Taknak pahala ke ?



Selamat beramal !









Yang tak makan dari pagi sampai sekarang, LAPAR nyaaaa
signature ms eida
Read More ->>

Sesi Menternak Lemak !



Assalammualaikum w.b.t . .


Syawal akan berakhir esok.. Tiba masanya ai update semua sesi menternak lemak ai sepanjang bulan Syawal ini! HUHU~ Uols percaya tak ? Ramadhan ai turun 4kg ! Syawal ai naik balik 3kg !! Tak berbaloiiiii diet ! Wakkakakakka~


Siyes masa ai upload gambar gambar ni, ai dah tak ingat tarikh bila ! HEHHE~ *makan semut banyak!* Banyak jugak rumah yang ai terjahhh ! Lebih kepada rumah kawan kawan . . TQ pada yang sudi jemput.. Pada yang menjemput tapi ai tak sampai, soriee sangat ye !!! Tahun depan jangan serik nak jemput lagiii~ HUHU


Dimulakan dengan rumah Ex-officemate, KakRose ! Seingat ai, KakRose buat ni waktu bekerja Hari Jumaat waktu tghr.. Sempoi !! Makan lunch free kitaaaaa . . HEHHEHE~
*abaikan kualiti gambar kurang menarik, cam hp je pun!*


*************************


Minggu tu jugak ada 2jemputan lagi~ Dua dua kawan masa ai study dulu . . JOHAN & ANNA~ TQ jemput~ Agak kelamkabut gak ai nak pergi dua dua tempat ni sebab jarak bukannya dekat, satu di Shah Alam, satu di Sri Kembangan ! HEHE~

-Cta-Shura-Johan-Eida-

*Umah Johan sangat tersangat lah cantik!!*


Disebabkan ai pergi rumah Johan dulu, bila pergi rumah Anna, ramai kawan kawan yang lain dah balik.. HUHU~ Yelaaa, ai balik rumah amik hubby dulu... Rugi tak dapat jumpa !!!
-Shura-Cta-Fara-Anna-Eida-


********************


Next, ke rumah kawan sekolah menengah dulu, Izura ! We all paling last sampai~ HEHE! Ok pe.. Tak malu sikit nak makan siap tambah tambah ! HEHHEHE~
*Ai suka makan rendang ayam hijau ni!*

*Disebabkan datang paling last, siap dapat tapau roti jala& kari !!!*


-Hour-Izura-Eida-



Abis sudahhh... Ce uols kira, berapa kali je ai pergi makan makan kat rumah kawan kawan ni, ntah kenapa boleh naik sampai 3kg !! Huwwaaaaaaaa . . . ~ Mencikkk ! Tapi suka makannn ~ HEHE~




p/s: nak nak habis Syawal ni , sapa kata dah takde Openhouse ? Ai ada lagi hari Sabtu ni!! Ohh yeahhhh ~ *padahal baru tadi terkesima berat naik 3kg!!*









Yang kuat makan lately ni,
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page