Wednesday, August 24, 2011

ZAKAT.

Assalammualaikum w.b.t . .




Dah kenyang uols ?Buka ape tadi ? Sure dah terlentang kekenyangan ni ! Ai tak lah, still boleh duduk lagi hapdate blog ni ! HEHE~ Malam ni nak share sikit dengan uols pasal ZAKAT. Ramai kot dah tau ZAKAT tu ape, tapi tak pe lah, saje nak test kelajuan jari jemari ai ni menaip! *ngee*


Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.


Tau syarat Wajib Zakat ?



  1. Islam
    Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.


  2. Merdeka
    Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.


  3. Milik Sempurna
    Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.


  4. Cukup Nisab
    Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 10,300 (bergantung kepada harga semasa emas)


  5. Cukup Haul
    Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.


  6. Niat Untuk Berniaga
    Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.




Tahun ini, tahun ke2 hubby bayar zakat untuk ai ~ HEHE~ Dulu abah yang bayarkan. Rasanya hubby belum bayar zakat lagi ni, ni kene ingatkan ni ! Uols ce ingat kan hubby hubby uols.. Mane tau lupe ke ?







*zakat fitrah tahun lepas*hubby bayar untuk his mom jugakk*



Kalau malas nak keluar cari kaunter zakat tu, boleh je bayar Online, sini ada Senarai Bank yang menawarkan bayaran secara Online ! Tapi kat luar sane, merata rata ada kaunter Zakat. Ai pergi Jalan TAR hari tu, ada lah 3 kaunter ai jumpa ! Rasa geram je jumpa, rasa nak bayar je.. Tapi hubby dah cakap awal awal, dia nak bayar... So, ai simpan duit ai tuk shopping je ! HEHE~ *itu tipu ye!*



Sumber : ZAKAT







"Berzakat Menyucikan Harta & Jiwa"
signature ms eida

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page