Thursday, August 18, 2011

Tiap tiap tahun GADOH benda yang sama, TAK Penat ke ?

Assalammualaikum w.b.t . .


Situasi :


"Tahun ni balik rumah abg ok!"

"Eh! Tahun lepas dah raya umah abg kan? Tahun ni rumah bie lah pulakkk, abg kene adil !"

"Isteri kene ikut cakap suami"

"Walaupun suami tu bersikap tak adil? Bie pun ada mak ayah lagi kat kampung tu. Ada adik beradik jugak!"

"Keputusan muktamad !"



*************************************************************************


Kesian isteri tu. Dapat suami yang mementingkan diri sendiri kan ? Macam mana kita nak solve problem ni? Takkan setiap kali raya, mesti nak gadoh gadoh gedik macam ni ? Makan hati isteri tu . .Kang dia larikkkk, baru tau para suami !


Ai pelik bin heran, kenapa mesti ada sikap tak adil, sikap cemburu dalam hubungan suami isteri ni ? Sepatutnya masing masing tahu cara nak wujudkan persefahaman tu kan ? Kalau tak de sefahaman tu, nanti ada lah muncung seribu bahasa ! Tinggalkan isteri masak sorang sorang padahal masing masing pun berkerja. Sebab ape ? Nak balas dendam , macam tu? Yang si isteri ni pun kenapa nak berkira dengan suami ? Dia kan suami ? Kalau dia mainkan watak suami dengan sikap tak adil, dia jawab sendiri kat akhirat nanti ok ? Jangan risau para isteri . . Tapi kalau si isteri ni marahhh, tak 'dapat' ko jack ! HAHA~


Kita, isteri golongan teraniaya, pasti dapat pembelaan masa akan datang. Tapi sampai bila ? Takkan tak de sedikit rasa kesian para suami terhadap isteri ? Bagilah peluang beraya dengan keluarga dia. Tak rugi pun ! Tapi kalau dah bagi raya tu, jangan lah raya ke3 je dah nak balik ! Cepat sangat ! Sian kat mak mertua.. apa lah kata mereka nanti kan ?? Tapi kalau duduk rumah dia, seminggu pun tak pe.. Bukan bawak jalan raya pun anak bini tu, duduk terperuk je kat rumahhh.. Yang dia ? Lepak dengan kawan kawan.. Mane lah isteri tu tak suka balik kampung, dia ditinggalkan.. Tak best lah macam tu kan ?


Cuba uols bayangkan situasi ni pulakk ~ Bila para suami dah bagi greenlight balik kampung isteri tapi ada udang disebalik batu tuuuuuuu ~


"Tahun lepas raya umah abg sampai raya ke3 je kan? Tahun ni raya umah awak pun sampai raya ke3 je! Pastu terus balik kampung abg ok! "



HOHoo? Berkira macam tu pulakk ? Tak sedap lah kan ? Yang si isteri ni makan hati lah suami cakap macam tu. tapi sure uols pendam kan ? Yang si suami ni, apesal berkira sangat ? Uols tak suka mertua ke ? Taknak kenal saudara mara belah isteri ke ? Cuba bagi peluang pada diri sendiri.. Cuba anggap ada hikmahnya "aku beraya lama di keluarga isteri, aku dapat kenal semua orang.. dapat mengeratkan silaturrahim..."


Yang isteri pun sama bila berada di kampung suami.. Cuba fikir positif ! Kalau uols rasa tertindas, luahkan.. Tapi jangan lah bergadohhhh ~ tak tambah umat Nabi kang ! HEHE~


Tapi apa apa pun , ai sendiri tak tau macam mana nk solve benda ni semua ! Setahun sekali ni ! HAHA~ cakap memang senang, bertolak ansur, ikut cakap suami itu ini. . Tapi yang tak puas hatinya kita ? Tak suka kan ? Uols rasa nak buat macam mana nk solve problem ni?? Sesungguhnya kahwin itu nikmat kan ? Tapi tiba bab bab macam ni, rasa nak lempar semua periuk belanga kan ? hihihihi~


Sapa ada tips ? Ce kongsi sikit . .



Update :

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, CERITA DI ATAS BUKAN ADA KAITAN PUN DENGAN AI PUN ~ SEKADAR PENDAPAT SAJA……. KANG ADA ORANG KATA AI GADOH DGN HUBBY LAKKK ~ LATELY NI RAMAI SANGAT POS ENTRY PASAL NI, AI PUN NAK JUGAKKKK ! HEHEHHE~




signature ms eida

4 comments:

  1. pandangan aku,yang tetapnya giliran jugak bagus...tak kisah la bape lama ko cuti tok raya thun tu,if dah kene turn wife or husband nye kg,balik la ke situ..begitu la next--next year...raya bukan setahun je,tiap-tiap tahun kot...xmestinye tggu raya baru nk blik kg kan??tu pandangan aku la...aku xralat sgt sebab mak n ayah aku dah xde...tiap2 thn kg dayat pun tak pe,as long dlm bulan raya,blik kg aku,lawat kubur arwah mak aku....

    *bincang elok2 k

    ReplyDelete
  2. Ya itu dia pendapat ayu..lain orang lain masalahnya kan ? Rilex der.. ni bukan masalah aku.. Ni public matter! HEHHHEE~

    ReplyDelete
  3. hahahahaha...untuk sesiapa yang bermasalah bile nak balik kg...

    ReplyDelete
  4. Tu la.. aku pun ada prob gak.. tapi cepat settle.. sbb guna kaedah memujuk ! HAHHAHAA

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page