Monday, August 22, 2011

1st Time BERUBAT secara Tradisional

Assalammualaikum w.b.t . .


Ai tengah busy gilak ni ! Ingatkan nak buat entry ni esok ke, tapi si Hani ni tak sabar nak baca !! HAHA~ Tu yang di percepatkannnn ~


Berubat secara tradisional ? Ala ala dengan pengamal perubatan tradisional macam Darul Syifa tu.. Beza nya dengan 'Wak Seruji' ni tak femes . . Tapi cara nya sama, menggunakan ayat suci Al-Quran. Pada mulanya ai tak sangka mak ajak pergi pagi ahad tu, ingat kan main main cakap je malam sabtu. Tapi ai terpaksa pergi jugak laa.. Nak jage hati mak & hubby ! Tapi dalam hati ni, takutnyaaaaaa !!!


Sikit sikit fikir, apa pakcik tu nak buat nanti ? apa pakcik tu nak tanya.. Takutnya !!! Tapi ai gagah gak pergi, demi nak tahu apa masalahnya we all ni. . Sampai je kat umah pakcik yang dipanggil WakSeruji (betul ke eja?) dalam pukul 10.30am ( 21hb Ogos 2011)


Mula mula Wak tanya nama penuh laki bini.. Pastu baca baca , ntah apa dibaca, ai tak dengar sangat laa... Tapi bunyi ayat ayat Al-Quran.. Jantung ai dup dap dup dap... HUHU.. Pastu bila disebut nama ai, ada 'sumthing' yang tak elok katanya ada pada diri ai ni . . Jadinya, ai disuruh berubat lahh . . Cara nya senang je, lunjurkan kaki ke arah Wak tu.. Ai dah takut dah time tu... Ai suh hubby duk sebelah..HEHE~ Nak pegang tangan !


Then, Wak ni keluarkan buluh kecik letak di celah celah jari kaki ai.. Boleh bayangkan tak ? Ok. Wak pun stat baca doa tu , ayat tu ayat ni.. Siyes ! Ai tak dengar ! Sebab takut sangattttttt !! Dah habis baca, mula Wak gosok dicelah celah jari kaki ai tu.. Dimulai dengan kaki kanan.. Tiba kat jari kaki tengah, kaki belah kanan, ai rasa pedih !! Pedih sangat !! Sakit sangatttttt !!!!!!!!! *ai tak tau nak gmbarkan macam mana rasa sakit tu, tapi memang sakit gilakkkkk!!*


Wak kata, ai sakit sebab ada 'benda' duduk dekat ai, ganggu rahim ai. Ganggu Otak ai. Ganggu Hati ai. Menyebabkan semua tu tak tenteram . . Ai tanya ape 'benda' tu? Wak kata 'DATO'. . Ai antara percaya dengan tak percaya je . . Semua ni berkait dengan makhluk halus .. Ok, Wak terus kan baca macam macam , ai tahan je sakit ! Nak menangis rasanya . . Setiap kali Wak gosok kat celah jari kaki ai tu, tiap kali tu lah ai cengkam peha hubby... HUHU


Ada lah 4x Wak gosok, ai rasa sakit pedih tu .. Pastu Wak tu 'berhubung' dengan 'DATO' yang ada kat ai tu, Wak minta keluar dari badan ai tanpa syarat... Baca ayat al-Quran lagi.. Pastu Wak gosok, ai sakit jugakkk . . Wak mintak keluar lagi, "DATO" tu taknak . . Sebab dia dah selesa dengan ai. Omakkk aii !! Takut kan ????


Then 'DATO' tu nak keluar dengan syarat pulakk, syaratnya ai kene sedekahkan Pisang Berangan kat masjid/ surau. Suka hati nak bagi sekali ataupun banyak kali. .Nak bagi setiap kali Jumaat pun ok ~ Terpulang Wak kata janji ada sedekahhh ~ Ai pun setuju . . Wak pun baca baca lagi, pastu try gosok jari kaki ai tu, fuh !! Selamat ! Ai tak sakit pedih daa . . . Seram sejukkkk aiii~ Pastu Wak baca ayat ayat suci hembus kat ai , buat air tuk ai & hubby minum . . Amin. . selesai ! Adalah 1jam ai berubat ~


Ai ada jugak tanya mana datangnya 'DATO' tu ? Wak kata di mana mana adaaa . . Cuma bila badan kita lemah, kotor , jadik 'dia' akan ikut kita balik . . . Jangan pergi air terjun daa . . Jangan masuk hutan dah.. No more panjat panjat gunung ni ~~~ Sebab semua tu HUTAN ! Makhluk halus ni sentiasa ada di HUTAN~ Dimana kawasan yang tak berpenghuni.. Takutnya kan ? Macam tak percaya je . . Tapi tak salah ai cuba ikut , sedekah pun tak salah kan ? Dalam masa yg sama harap harap semua dah hilang, hidup bertambah baikk..


Mak ai pun ajak berubat jugak kat kampung bila balik raya nanti ~ Alahaiii ~ Takut jugakk !!! Tapi nak buat macam mana, ikut je lah kan ? Cakap orang tua ni ada kalanya betul ~ HEHE~ Kita ni orang muda mana lah tau sangat pasal hal hal macam ni...



So, after ni Ida, please jaga diri . . Jangan biar diri dalam keadaan tak bersih, sentiasa mandi wajib ! Tak de pape pun , tak salah mandi, tuk menghindarkan apa apa suka 'lekat' dalam badan. Elakkan pergi hutan, air terjun . . Jangan keluar malam pun ! *cakap pada diri sendiri*


p/s/s : Mak ada pesan, kalau boleh nak keluar pergi mana mana, amik wuduk siap siap. Biar diri dalam keadaan bersih kecuali tengah bulan merahh ~ HEHE~
p/s: hani, ok ke ? hehehhee~









Yang masih tak sangka,
signature ms eida

7 comments:

  1. EIDA:
    macam tu jugak la masa saya p berubat 1st time kat tempat MIL bawak,
    sangat takut...
    Rasa percaya n tak percaya...

    Tapi,
    kali kedua saya ke darul syifa,
    takde pon rasa takut camtu,
    sangat lega n tenang ke Darul syifa'....

    ReplyDelete
  2. EIDA:
    macam tu jugak la masa saya p berubat 1st time kat tempat MIL bawak,
    sangat takut...
    Rasa percaya n tak percaya...

    Tapi,
    kali kedua saya ke darul syifa,
    takde pon rasa takut camtu,
    sangat lega n tenang ke Darul syifa'....

    ReplyDelete
  3. leh wt filem ni dayah...
    mnyeramkn...

    ReplyDelete
  4. Anie, Darul syifa tu mahal tak ? Ida pergi ikut mak je la.. bagi ikut ihklas.. =)

    ReplyDelete
  5. MamaDebot, gedik !! Ini cerita benarrrrrr tau .....

    ReplyDelete
  6. lor betoi le aku ckp...
    seram sejuk aku bc cite ko ni...
    psni jgn nk gedik2 dh p sanen sinun manjat sanen manjat sinin...
    dok umah diam2 ye...

    ReplyDelete
  7. Anum, Ko nak suh aku buat filem ! HAHA~

    Baik!

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page