Tuesday, July 19, 2011

Durian Oh Durian !

Assalammualaikum w.b.t . .

Lamanya tak ber update blog ! Ciss.. 3hari je pun ? Dah rinduu ~ HEHE ~ Ai balik kampung wekeend yang lalu. Mak mertua dah call, tolong kutip buah durian yer... Sekarang kan musim durian.. Dulu, 2tahun yang lepas, buah durian menjadi. besar besar semuanya. Masa tu jugak arwah bapak mertua pergi menghadap Ilahi. Ramai yang merasakan buah durian yang besar tu balasan arwah kepada orang orang yang melawatnya. Mane taknya, setiap orang yang datang melawat, pasti mak mertua ai akan bagi buah durian tuk dibawa pulang. . .

Tapi tahun ini, buah durian kurang menjadi. Ai pergi ladang, nak kutip buah durian yang jatuh tu, heran ! Nape kecik je buah ni? Tahun dulu besarrr. . Mak metua ai kate , penjaganya dah takde, buah merajuk. . macam kelakar kan ? Tapi itulah hakikat. Pokok durian tu pun dah kekurangan kasih sayang . . Harap harap tahun tahun hadapan, pokok durian akan menghasilkan buah durian yang besar besar yer . . . Anak cucu, menantu semua suka buah durian free !! HEHE~

Walaupun buah durian tu kecik, rasa sedap !!! Buah durian kampung kan ? Trip balik kampung kali ni, ai angkut sekali mak, adik bongsu, maklang & anak2. Diaorang teringin nak pergi kutip buah durian. Mak mertua suka lah ape lagi. Mane taknya, ini lah kali pertama besan bertemu besan . HEHE~ Walaupun singkat, tp dapat jugak lah mengeratkan silaturrahim . . HEHE ~

Ai gerak balik kampung pagi sabtu, dalam pukul 1pm, we all semua kat umah mak mertua. Lama ? sebab we all singgah kat Hutan Lipur Lentang. Next entry hokay ? Ini entry durian ! HEHE~ Sampai sampai je, semua serbu duriannn !!! Ohh yeah ~ Ai makan 10biji je ~ Tak leh makan banyak banyak. Durian ni panasss... ~


*serbuuu. . duriannn . . *

Lepas makan durian, mak jamu makan nasi pulakk.. haiyooo ~~ Mane program diet ai ni ? Adoii !! Hancuss bila balik kampung. Nak nak mak masak ikan patin tempoyakk ~ Pergh !! Sedapp hingga menjilat jari. Harus lah jamu ikan patin masak tempoyak, masakan orang pahang kan ? Orang melaka ni melantak lah ape lagi.. HEHE~ Sedap sedap ! Mak ai mmg kate sedappp !!

*saje buat uols terliur jugak!*



Lepas makan, berehat kejap. Kejap je ! Sebab budak2 mmg dah tak sabar ajak ke ladang cari buah durian lagik. HEHE~ Ayuh pergi ramai ramai ladang arwah bapak ketemu buah durian !! HEHE~ Bila ai tengok balik gambar gambar yang ai tangkap ketika sesi mencari durian ni, rasa macam batak , jakun pun ada ! HEHE~


Sesedang nak masuk ladang, sekumpulan lembu duk melepak lepak kat ladang arwah. Mak suruh halau ! Wahh ! Takut !! Sebab ? ai pakai baju merah nok ~ kang lembu tu kejar balik, camne ? HUHU~ So, hubby bunyikan hon tuk halau lembu lembu tu. Rosak oii ladang orang ! Masa ni pergi cari kat pokok yang loneranger~ Sebatang je.. Ada la beberapa biji buah durian ditemui. HEHE~

*wajib ada muka minah ni ! Haaa. . kan merah kan ? naya je kene kejar dek lembu tadi.. HUHU*


Misi mencari di teruskan lagi. Lepas pergi pokok durian yang loneranger tu. Jom pergi pokok durian yang kembar 9 ni.. HEHE ~ Tapi yang berbuah hanyalah 6 pokok saja. Sebab ape ai panggil kembar ? Sebab arwah bapak tanam sederet je pokok pokok ni.. HEHE ~ Haaa , yang ni memang banyak buah durian yang ditemui. Terjerit jerit cakap aku dah jumpa ! dah jumpa ! kat sini ! kat situ ! huhuhuhu~u. memang bising ! Ye la, bawak budak budak kan. .


Nampak tak semangat nya nak cari. Haa. . tu 4biji sekawan tu , ai yang jumpa. Elok je kumpul gitu ~ HEHEHE.


Ni mak ai dan maklang, semangat ! dalam hati, nak makan ! nak makan durian ! HEHHE~ Shahir ni pun semangat je. Jumpa buah durian yang comei comei cam dia gak ! HUHU~

*Inilah pokok durian bagi sesiapa yang tak mengenali hanya tau makan je ! HEHE~ Nampak tak banyak lagi buah durian yang belum gugur ! Sabarrrrrrr . . . *



Haaa . . jangan pelik gambar yang 1st tu. Mak bagitau ada orang dok curik pisang yang ditanam mak. tu yang maklang & mak ai pun tengok jugakk ~ Rasa macam comel lak gambar tu ? HEHE~ Nampak hubby menebang tu ? Lepas gian tu! Dah berapa blan tak pegang sabit tu! Natijahnya, tangan hubby bengkak akibat terkena pelepah kelapa sawit tuh ~ Sian . . Orang teruja pun kena ! HEHE~

Yeah !! Ini lah hasil untuk hari sabtu = 29biji + setandan pisang. . HEHE~

Yeah !! Ini pulak hasil carian hari ahad = 22biji


Amacam pengalaman masuk ladang ? ditujukan khas tuk mak, maklang & sepupu sepapat ! ? HEHE~ Next year, ada umor, kita cari lagik k. HEHE~ Rasa macam best, seronok pulak dapat temukan mak & mak mertua. Hari ahad tu, mak masakkan asam pedas ikan terubuk. Haa .. kali ni mak mertua lak rasa asam pedas orang melaka ok? HEHE~ Tapi sorie la uols, ai tak sempat nak tangkap gambar sebab dah ngap habissss !


Tapi kan, ada sesuatu yang baru ai dapat tau ~ Tapi tak tau lah kalau uols semua da biasa makan. Durian + Santan + Pulut . . Pernah makan ? Mak mertua ai buat ahad tu. Mak dengan lain lain makan lazat je. Tekak ai je yang tak dapat terima. HEHE ~

*Ini rupanya- pernah makan tak uols ? *


Ahad pulak, tolong hubby kait kelapa. Nak bawak balik KL. Mak suka kelapa. Kelapa kat kedai kan dah makin mahal.. HEHE~ Nampak pulak kelapa muda, pergh !! Teringin pulak air kelapa.. Tapi tak leh minum banyak, buat geli geli tekak jela ~ Sebab air kelapa tajam buat sesiapa dalam tempoh untuk pregnant ni. So, minum seteguk, yg lain bagi sepupu sepapat.. Sedap !!! Free pulak tu ~ Ada sekali tu, teringin nak minum, pergi la beli kat kedai... HUh ! RM3 ! dapat segelas kecik je ! Grrrrr . .

*haaa . . semangat kan hubby kopek kelapa...*


Apa apa pun, ai sangat puas makan durian ! Freee ~ Tak perlu beli bagai kat luar yg mahal gilakkk tu ! Rasa seronok lak dapat kahwin dengan orang yang ada pokok durian ~ HEHE~ Kalau dulu, bila tiba musim durian, abah terpaksa beli. Kali ni tidak lagi. HEHE~ Syukur. . Amin . . ~

*ME L.O.V.E DURIAN !!*













Yang puas makan durian,
signature ms eida

8 comments:

  1. pe kata bak sini sikit???hgehehehehe

    ReplyDelete
  2. HEHE~ Tak bawak balik pun.. makan di kampung aje ~~

    ReplyDelete
  3. ble ko nk amik daim??
    ahd ri 2 zakri cuti...
    ahd ni dia kj...
    ahd dpn br dia cuti lg...
    so???

    ReplyDelete
  4. HAHA~ tak pela.. xde zakri pun aku terpaksa datang jugak la.. kang berabad lak daim aku tuh.. HAHA~ Tengok la wekend ni.. Sabtu kot ?nnti pape aku call ok ?

    ReplyDelete
  5. ok...
    npe xbwk dlk doyan tok aku...
    aku hantu doyan gak tau...
    aduyaiii

    ReplyDelete
  6. HEHE ~ durian tak menjadi sangat la anum.. setakat makan sendri je lepas.. bg orang, xlepas la.. xpe xpe.. nnti kalau thn2 depan ada, aku bg ok ? HEHE~ ce ko doakan pokok2 durian tu berbuah besar.... amin.... dapat la ko rasa buah durian pahang... hehhee

    ReplyDelete
  7. mne la aku tau andi da dusun doyan...
    lau tau, tiap2 thn aku doakn pokok dia bebuah smp ke batang pokok 2...
    dt ats smp bwh buah je sumenye...
    hahaha...
    ok2 thn dpn lau byk buahnye ajk aku lak blk kg andi kutip doyan..
    zakri xde dusun doyan le...
    2 psl nk mkn doyan kne bli...

    ReplyDelete
  8. HEHE ~ aku ni pun br thn ke2 makan buah durian free.. hehehheh~

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page