Friday, June 17, 2011

Assalammualaikum w.b.t . .


Tarikh : 16JUN2011
Tempat : Hospital Veterinar, KL.
Masa : 9am-10.30am.
Kos : RM210/-

Kelmarin ada ai cakap ai akan bercuti sebab mycats ada operation kan ?
Semuanya berjalan lancar.
Dan hubby terpaksa bercuti hari ini tuk menjaga mycats yang dalam tempoh 'pantang' !
HEHE ~
Ai tak leh cuti, banyak kerja.
Lagipun, baru datang lambat sikit (10am !) dah bising 1 office !
Yang peliknya, orang lain datang lewat, keluar atas urusan sane sini, tak jdik masalah lak ?
Or mayb diri sendiri keluar atas urusan peribadi, boleh pulak ??
Hurm. . manusia ? pangkat yg dipandang ! Uwekkkk !!

Dah dah ! ai nak cerita pasal mycats semalam kene 'sunat' !

*time ni kat luar, menunggu no giliran*nampak takut kan diaorg ni ?

*Kitcha dulu operate , diikuti Kitchu. Hubby teman dlm bilik operate. Tapi disuruh tunggu luar pulak selepas beberapa minit selepas tu.*

Memang rugi la . . dulu masa ai hantar kim & kimek, we all boleh stay kat bilik operate tu, now dah tak boleh. Tak dapat lah ai tangkap gambar buat kenang kenangan. HUHU~
Setelah tunggu dalam 1jam lebih, baru lah settle operation kedua dua kucing ai ni.

Nampak kesian kan ? tapi nak buat macam mane, itu yg terbaik tuk diaorg ni. Hope lepas ni, makin sihat . .

Tapi bila sampai kat rumah, agak kelamkabut jugak we all menjaga 2 ekor sekaligus !
HUHU~
Tiba kat rumah, masing masing dah terjage dari lalok ! HAHA ~
Nak jalan pun susah. . Makan & minum semua kene hulurkan.

* Ni masing masing masih dalam keadaan khayal*


Kat rumah ai terpaksa kurung dalam cage, sbb diaorg ni aktif !
Tak macam kucing baru lepas operate.
So, bimbang jahitan akan terbukak balik, ai terpaksa kurung !

*pun terpaksa tutup dengan kain, sbb bila diaorg ni nampak ai or hubby, mula lah tunjuk muka kesian nak keluar !*


Ok , kalau dah sakit sakit gini, mestilah kene makan ubat kan ?

Setiap hari selama 5hari, kene makan antiboitik 2x sehari.

Pastu kene gak sapu vitamin kat mulut 2x sehari. Sampai lah vitamin tu habiss.

Pastu kene bagi makan INI.
Tak boleh bagi ikan ke.. ape ke.. Jangan ditanya kenapa ok ? HAHA ~

Macam senang kan ? Tapi sikit punya susah nak bagi !
Kemain liat nak makan ubat !
Hubby da siap siap tutup lengan dengan kain takut kene cakar ! HAHA ~

Apa apa pun, we all da berjaya jaga 2 ekor kucing after operate begini, hope untuk 2 ekor lagi ni, semuanya berjalan lancar lagi !

To Kitcha & Kitchu :-
" Semoga cepat sembuh. Tak suka tengok korang sakit sakit ni. Rindu korang manja manja. Cepat sembuh, nnti upah ikan banyak banyak nak ?? Makan ubat ! Jgn takut ! And.. please... Jangan cakar we all !! Sakit !! HAHA~"

Today 17JUN2011 kan, diaorg ni cukup 1tahun !!
Ohh . . tak sangka dah setahun ai jaga diaorg kan ?
Rasa seronok bila tengok mycats ni gemok ! HAHA~
Tuan dia tak boleh gemok !! huhu~u.
Macam tak sangka lepas ni , ai kene tinggal kan diaorg semua kat kampung..
Sedih ! Sob.. sob.. sob..








Yang berharap mycats cepat sembuh,
signature ms eida

1 comment:

  1. tak sampai tengok dorang pakai menda alah kat leher tu kan...
    Laura masa operate dulu pun kena pakai benda tu...
    kesian sgt, dia tak selesa....huhuh

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page