Wednesday, March 16, 2011

Rutin harian pagi hari . . (Asid Folic & Spirulina)

Assalammualaikum w.b.t . .
Sihat semua ?
Ai da semakin sihat . . ekoran dari bleeding tempoh hari !
Opss !
Ai memang tak cerita kat sini . . sebab . . sebab . . .no reason ! hehe . .
Tak pe la . .

Tapi hakikatnya ai masih menunggu di kurniakan cahaya mata . .
Sejak dari hari itu, rutin harian pagi ai berubah !
Dulu pagi pagi hari kene telan 10biji Spirulina . . sahaja !
Tetapi sekarang ai kene telan 15biji Spirulina + 1 biji Acid Folic . .

Mungkin ramai yang pelik !
Kenapa belum mengandung tapi da telan Acid Folic ?
Mane la ai tau !! hehe ~
Dah doktor suh makan . .
Tapi di mata umum kan, Acid Folic ni untuk perempuan yang sedang mengandung . .
Tetapi khasiatnya , boleh membantu perempuan yang INGIN mengandung ! see !!~

Doktor kata " Makan Acid Folic yer . . Asid Folik bertindak dengan meningkatkan penghasilan dan kualiti ovum (telur). "

Malah doktor pun ada kata " Lelaki juga perlu mengambil asid folik sebagai ’supplement’ untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma. So, husband awak pun boleh makan yer . . "

Jadik , kawan kawan yang INGIN mengandung, boleh la makan Acid Folic ni . . Bukan susah pun nak makan , kecik senang ! Telan je ! hehe ~
Boleh didapati di mana mana Farmasi dengan harga RM8/sekotak . . Sekotak ada lebih 100biji . .

Rupanya sebegini . . .



Dan pasti ramai jugak tak tau kebaikan Spirulina ni kan ?
Sapa tau angkat tangan !! heee ~
Spirulina terdapat dalam macam macam brand . .
Ai makan brand Elken . . sebab ? ai mmber of Elken maa . . . =)

ELKEN Spirulina ialah makanan kesihatan berkhasiat yang kaya dengan protein sayuran bermutu, Asid Gama Linolenik, Glycogen serta pelbagai vitamin dan mineral. Rumpair laut beralkali ini mudah dihadam dan diserap ke dalam tubuh manusia. Ia merupakan makanan supplemen yang sempurna untuk memperoleh kekuatan dan tahap kesihatan yang baik.

Spirulina bagus untuk semua golongan . . Diantara nya : -

UNTUK IBU-IBU YANG MENGANDUNG
- Memberikan yang terbaik untuk bayi anda, Elken Spirulina ialah makanan serba semula jadi yang membekalkan kesemua 46 jenis nutrien perlu termasuk besi dan asid folik pada kadar 5 kali ganda lebih banyak daripada kacang soya dan 68 kali lebih kaya daripada bayam. See !! Dalam Spirulina ada Asid Folik . . Kalau makan Spirulina sudah memadai . . Ia membantu kedua-dua kesihatan ibu dan keperluan perkembangan janin.

UNTUK KANAK-KANAK
- Pada tahun 1992, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghuraikan Spirulina sebagai "Suplemen nutrien yang cemerlang untuk kanak-kanak" sementara Professor Keiun Kodo, Bapa Elken Spirulina, menjelaskan bahawa Elken Spirulina adalah sempurna untuk perkembangan sel otak dikalangan kanak-kanak.
- Health Today, keluaran Oktober 2003, telah menegaskan bahawa, antara lainnya, Vitamin E, Beta Karotena dan Zink sebagai penggalak keimunan kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Satu kajian yang dilakukan pada tahun 1994 oleh Universiti Nutrisi Kagawa, Jepun mengesahkan bahawa Spirulina berupaya meningkatkan keimunan. Elken Spirulina membekalkan kesemua kebaikan disamping kalsium dan magnesium membantu membina tulang dan gigi yang kuat terutama dikalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

UNTUK WANITA
- Elken Spirulina mengandungi 2 kali ganda GLA berbanding EPO, lebih berupaya melegakan simptom Sindrom Prahaid(PMS), Ia juga kaya dengan besi organik untuk pembentukan tenaga dan darah yang sihat.
- Produk Antipenuaan biasanya menggunakan Asid Amino (Protein) dan Beta Karotena. Elken Spirulina membekalkan Asid Amino yang mudah diserap, mengandungi paras protein yang dua kali lebih kaya daripada kacang soya dan 6 kali ganda lebih daripada telur. Paras Beta Karotenanya yang tinggi telah dibuktikan oleh kajian yang dijalankan oleh Dr Yasumasa Kodo. Elken Spirulina juga membantu wanita yang berumur lebih daripada 35 tahun mengurangkanrisiko rapuh tulang, memandangkan ia kaya dengan kalsium dalam bentuk makanan asli yang selamat.

UNTUK EKSEKUTIF YANG SIBUK
- Untuk mengatasi radikal bebas yang membahayakan kesihatan yang datang bersama-sama dengan persekitaran komputer, Ahli Kiropraktik Amerika Syarikat Clyde Ford mengesyorkan pengambilan Vitamin A, E dan Soperoksida Dismutase (SOD). Elken Spirulina membekalkan semua ini, dengan Vitamin A daripada Beta karotena, yang 3 kali ganda lebih tinggi di kalangan pengguna spirulina dalam kajian klinikal yang di jalankan oleh Dr Yasumasa Kodo. Maklumat perubatan oleh Merck Manual yang berwibawa mengatakan bahawa Beta Karotena adalah lebih selamat berbanding vitamin A, kerana vitamin A boleh menyebabkan KETOKSIKAN yang terlampau jika diambil terlalu banyak, manakala Beta Karotena tidak mendatangkan kesan sedemikian.
- Jadual kerja yang sibuk menyebabkan diet yang tidak sihat, penghadaman yang lemah serta nafas berbau. Elken Spirulina adalah 100% alkali, lantas ia dapat Mengurangkan ketidakhadaman dan kepanasan badan akibat kandungan yang banyak asid dalam diet penuh daging. Elken Spirulina juga mengandungi 10 kali lebih banyak klorofil berbanding sayuran hijau. Surat khabar The Star 22/06/2003 melaporkan bahawa klorofil dapat mengurangkan nafas berbau dan penyakit gusi. Ia juga meningkatbaikkan penghadaman dan menghindarkan sembelit.
(Ai kategori ni .. . )

UNTUK VEGETARIAN
- Elken Spirulina merupakan makanan Vegetarian yang lengkap, boleh membantu pengamal Vegetarian yang ketat yang tidak makan sebarang produk haiwan mengurangkan risiko kekurangan Vitamin B12 dengan membekalkan 2.5 kali lebih banyak Vitamin B12 daripada hati lembu, dipercayai sebagai sumber terbaik vitamin B12.
(sapa sapa tak makan sayur, Spirulina adalah pengganti sayur TERBAIK!!)

UNTUK PEROKOK
- Perokok dan kaki botol didapati mempunyai kepekatan Beta Karotena (sejenis antioksidan) darah yang 2 kali lebih rendah berbanding dengan orang biasa. Keadaan ini mendedahkan mereka kepada kesan mudarat radikal bebas. Elken Spirulina mengandungi 40-60 kali banyak Beta Karotena dari pada bayam dan 25 kali lebih daripada karot. Menurut kajian klinikal Dr Yasumasa Kodo, Elken Spirulina dapat meningkatkan paras beta karotena sehingga 3 kali ganda untuk melawan radikal bebas.
(special ! hubby turut makan !.. bukan senang nk suh .. perokok tegar die tu! hee)

UNTUK WARGA TUA
- Elken Spirulina berasal daripada Jepun, negara yang terkenal dengan rakyat yang panjang usia. Kealkalian Elken Spirulina yang 100% membantu menggalakkan penghadaman, melindungi buah pinggan dan melegakan kesakitan yang berpunca daripada athritis kronik. Kesan Spirulina adalah untuk mencegah kegagalan buah pinggang akibat dadah farmaseutik yang telah disahkan oleh kajian Jepun yang diterbitkan dalam Eisei Kagaku, 36:5, 1990.
- Pada tahun 2002, The University of South Florida Centre for Ageing and Brain Repair mendapati bahawa Spirulina berfaedah untuk merawat penyakit Alzheimer dan Parkinson.
(ibu/makcik ai semua makan .. . )

Add Image
Ini la rupanya Spirulina tu . . .


Adoi penat tangan menaip ! Nak tau lebih lanjut pasal Spirulina ni , pm la ai . . Ai tak kesah nak cerita . . hehe ~ Sharing is Loving maaa . . Benda baik harus dikongc kongc kan .. .
Tak pun , terjah je kt google tu !
Sure keluar banyak perkara pasal Spirulina ni . .
=)
Bila berkisar pasal kesihatan, tak salah spend duit sedikit tuk future/life kan ?
Dan akhir sekali, ai harap usaha ni akan membuahkan hasilnya . .
Amin . . Usaha ! Usaha! Usaha !
Caiiyyooookk !!











Yang tak sabar nak ber3 . . .

signature ms eida

3 comments:

  1. Assalammualaikum..

    Sy cdgkan untuk pengambilan asid folik..makanlah B-complex Shaklee..bukan shj mengandungi 100% asid folik & biotin, juga terdapat 8 komponen vitamin B. Bagi merancang kehamilan...cuba sahaja GLA COMPLEX SHAKLEE..moga ia dpt membantu..Berdoa & Tawakkal kepada ALLAH..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. memang saya sedang mencuba supplement dari Shakleee ;)

      Delete
  2. Nak cuba asid folik...hihi

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page