Friday, August 27, 2010

cuti ~

ala...
bestnyer warga selanGor cuti 5hari !!!
nuzul quran + merdeka day ~
sgt jeles ok !
name je i ni duk seLangorrr... tp bekerja di KL..xcuti pun !!! hmm... =(
tp yg bestnyer...lengang nyer jln td...syok nyer !! =)
KL stil cuti gak tp 3hr jela...ape nk buat?
kemas umah lol !! nk rayerrrr nii ... (mls!)
mls nyer bekerja ari ni....
mood : tdo di rumah ! hahha~

buat kwn2 yg bercuti .. selamat bercuti !!! ~
Read More ->>

Friday, August 20, 2010

Halal ke?

Bulan puase ni..
makin besar la selera mkn, da seharian berpuase la katekan.. huhu
"syg..nnti kiter g mkn sini !, situ pun nk ! ha..tempat ni murah !"
begitu la..keadaan nyer...
tp si suami amat mementingkan halal haram ni..
akibatnya, "tempat tu halal xmkanan nya? g cek JAKIM sat..kalu ade sijil,
ok kiter g.."
Ekceli, i nk g mkn kt 1 hotel ni, wif my frens la.. but my hubby suh tgok list hotel halal or not?
ok i cek ! sekali kan....xde dlm list !!!! huhuhuhu...
nak dijadikan cerita lak, i selalu g berbuke kt Hotel tu, rasenyer tiap2 thn...huhuhuu...
so, agak musykil di sini..adekah thn ni i xleh g dah? sbb i da tau hotel tu xde dlm list halal JAKIM..
or.. xsemestinya xde dlm list JAKIM, xhalal..mayb HOtel tu ade serve yg xhalal, tu yg xdpt sijil sepenuhnya... i dono !!! pls..help me !!!
and i nk cube mkn kt sini...


da lame teringin nk g...but isu halal haram ni diperkatakan pulak..
i xtau la nk cek kt mane !! huhuhu.. but org kate , kalu kiter yakin niat dtg mkn, boleh pergi....
tp Hotel tu terang2 da xde dlm list halal JAKIM, mmg i xleh g kan? kan?
p/s : pls do help me..sape2 yg tau psl ni.... ;((
Read More ->>

buang bayi?

buang bayi lagik?
ari ni paper asik la buang bayi??
binatang pun sayang anak ! korang xsayang, jgn la buang..mati budak tuh !
i ni punyer la takut nk peknen, sakit bersalin tu...suke suki korang buang kan ! haish !!?
dah dah la....

saya sgt sedeh ok !
smpai xsangup nk bc dah .. ;(

ni saje nk berkongc..dapat email dr seorang kakak..berkenaan psl ni la..
cm betul jugak...so bace la ek..renung2 kan la...

die kate Jul & Aug Musim Menetas , Dec Musim Mengawan
btul ke?

Diperhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]

btul !

Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin. malam sambutan tahun baru inilah menjadi musim mengawan beramai - ramai atau besar - besaran pasangan - pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala . Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti....

erm? alasan yg boleh diterima..
nasihat di sini, kurangkan xtvt sosial..kiter xtau ape akan jdk akn dtg..
kawal anak dgn keadaan yg begini..
semoga keluarga kita dilindungi dr bala sebegini....
amin ~
Read More ->>

Thursday, August 19, 2010

sangul xbuleh ??


sangul adalah tegahan ??
korang tau ke?
i xtau pun !!!!
ade mmber tag dlm fb pic ni...
kalau la btul, i waktu kawen dulu buat la sangul ni !!
cube tgok pic bwh ni..
ni pic time kawen & nikah..tinggi kan sangul i? huhuhu....



erm..xpe la..da berlalu da...
tuk kengkawan yg belum berkawen/bakal berkawen, hope jdkkan teladan yer .....

Read More ->>

ABC ~

puase tak ari ni?
tak ! sbb ABC...

ABC = Allah bagi Cuti ...

dijadikkan cerita pulak, xterbangun sahur pg td...kecian hubby..lapar kot die? i? ABC lahh... so boleh melantak..haha..
nak nak pulak, xkije..huhu..cuti yg mengejut ! sori bos..

so, menu ari ni msti sedap kan ! sbb leh rase? kan?
so..pk ape nk masak ye... ok2..
disebabkan xsahur, hubby ade request pulak.. suh masak bubur cha cha...
haha..ingat i ni reti ke? search tenet cepat !!! yes dpt !
masak la mengikut resepi... kejap je pun masak nyer !!
tp ade pelik di situ..bubur jdk pekat coz ltk santan je kan? mmg cm tu ke? but we oll xsuke pekat2 ni, ltk jugak la air sikit..padahal xde pun dlm resepi tu..hahaha ~
so, mkn jugak ! sedap ! erk? puji diri sendri ke? huhuhuhu.....


seperti biase, masak lauk tuk berbuka..


p/s : agak pelik, follower2 sume, btul ke bubur cha cha akan jdk pekat
or mmg kene ltk air jugak??

Read More ->>

Wednesday, August 18, 2010

insaf ! sedih ! hai la melayu......

awal pagi...
masih xde kije...
so, bukak la tenet..
dpt dr seorang kwn..blog seorang hamba Allah ni..
sgt menginsafkan diri..
sgt betul dgn keadaan semasa..
kalu kwn2 free..jenguk2 la ke blog die... =)

http://syahrilkadir.wordpress.com/

p/s : saje nk berkongc..
xnk bukak, its up to u lah ~
Read More ->>

Tuesday, August 17, 2010

mereka semakin membesar ~

11 bulan dah !! ~
2 bulan .... ~

p/s : i syg kucing2 i..u xsuke kucing? ade i kesah ke?
Read More ->>

seminggu berpuasa ~


seminggu berpuasa?
1x tertingal tuk bersahur...jam xbunyik !!! lapar....sib baek ari sabtu...huhu
4x masak sendri... =)
2x beli lauk... ari tu penat sgt !!
1x jenguk bazaar Ramdhan.. jimat !!
dan yg plg penting...masih berpuasa penuh !! hehe....

*sgt hebat bila berlaku semua ni.. *xsangka berpuasa sbg seorang isteri..*sgt penat jugak !*xckup tdo...agaknya cm tu la mak dlm bulan pose...waduh !! sayang mak !!!*
Read More ->>

Monday, August 16, 2010

kesilapan mu..kesilapan ku jua ~

Awal smpai...seperti biase...rutin harian , bukak email...terdetik nk create entry psl ni...untuk renungan bersame di dlm bulan Ramdhan ni.... ;)
bak kate pepatah...

" Saya ada satu epal, awak ada satu epal. Kita tukar epal, awak ada satu dan saya tetap ada satu. Tapi jika awak ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut,
awak ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu... "

Kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang dimaksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya.. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
(setakat ni, i xde lagik mkn mlm..ttp akan bgn sahur masak gak...amin)
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari..
(ye ye ! saye masih mengangkat dokumen kontrak ketika berpuase !)
Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
(alamak ! selalu buat ! time jumaat je..tarik blazer, tdoo...z.z.z.z..zzzz..xkan buat dah !)
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Wanita tidak menjaga aurat di khalayak ramai.
(amin...saye da berubah !)
Ini sangat berleluasa.Berpuasa tetapi membuka aurat dengan sewenang-wenangnya. Seperti tidak berpuasa kamu di bulan Ramadhan ini. Walhal, menutup aurat itu adalah wajib bagi seorang wanita.nescaya tiada gunala puasa kamu di bulan mulia ini.

13) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram... (ramai ni !!..tp kalu xpinjam, cmne? BPR dtg serang kalu beli cash..hikhik)
Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku.wahai Tuhanku. sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

14) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)


*Semoga menjadi tauladan kita bersama..
Renung-renungkan..& Selamat beramal..;) *
Read More ->>

Tuesday, August 10, 2010

dah niat pose ??

esok pose dah?
dah niat?
ala lupe lah cmne niat?
search tenet !
dapat ! yes ! (salu kt umah..mak yg tlg ingtkan...;( )

jom niat pose beramai2...
niat tuk sebulan jek...takut tertingal kalu yg harian tu..hihihi~ (ade pengalaman la tuh !)


LAFAZ NIAT PUASA (harian)


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis
sanati lillahi ta’aalaa


LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN

sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala


ha dapat ?
pastu time buke, jgn lupe bc doa berbuka ye ! ~

DOA BERBUKA PUASA



allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin



DOA SELEPAS BERBUKA PUASA



Selamat menyambut bulan Ramadhan! :)

Read More ->>

Monday, August 9, 2010

Hye Ramadhan ~

Selamat Tingal S***n !! ~

Selamat tinggal Syaaban....Selamat dtg Ramadhan...~

Sesungguhnya Allah taala telah mengurniakan nikmat yang amat besar kepada seluruh hambanya iaitu dengan memberikan suatu amalan yang dapat digunakan untuk menolak tipu daya syaitan, untuk mengecewakan angan-angannya dan untuk mematahkan segala usaha busuknya.

Amalan yang dinantikan adalah ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Itulah benteng dan perisai bagi sekalian kekasih-kekasih Allah.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak semoga anda semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang allah SWT, diperkuatkan iman serta dipermudahkan segala urusan ...amin

Ya Allah selamatkan kami di bulan Ramadhan dan selamatkan Ramadhan bagi kami... amin...

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa............

*sgt sukerr dgn teks ini....credit to my bos kecik ! Pn. Hafizah ~
Read More ->>

Friday, August 6, 2010

sogo giler S.A.L.E !!

6&7hb Ogos 2010~
kepada mmber card sogo yg jdk gila !! on that dayyy, SALE!!!!
gileer ramai org...
gilerrr murah !!
pe lgik? borong !!
dpt jugak la bekas kueh yg di idam2 kan tu...
*jemputla dtg umah, raye...tgok la bekas kueh saye..somel jek ~~*


* padat gile org ! br btul rakyat m'sia suke sopink !! ngee~ laki pun sibuk jugakk..hoi ! xg solat jumaat kerrr?? haish ! teman bini ler tu......;p *

* mak buyung kepenatan * itu la bekas kueh saye..* kak zai yg rambang dgn bj anak2 die * and mane lg sorang ni? my bosss !! hilang kemana...sale sale sale !!! *

Read More ->>

kalau la binatang ade fb?

kalau lah binatang ade facebook..!
ape agak2 nya status diaorg erk?
*terdiam sejenak*
haha!!
agak-agak begini lah, komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm u olls selalu post tu.......hikhikhi....

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..
Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!
Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...
Cicak : isteriku tersepit pintu
Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."
Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...
Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa
Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...
Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!
Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?
katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..
ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..
Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.
Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.
Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi
Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2
Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles
Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!
Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.
Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah
Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.
Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.
Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..
lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....
itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....
Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.
Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :(
Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropokIkan -(
Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah
Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.
Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?
Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

hahhahha!! sengal derr....~
Read More ->>

Thursday, August 5, 2010

bukan diri ku~

bangun pagi 6am
masuk office 7.30am
balik umah 4.30pm
tdo..zzz..z.z.. 10pm
ini bukan diri ku !! ;p
jadual hanya tuk bln Ogos..aka bulan RAMADHAN !! ngee~~
SELAMAT BER"RAMADHAN" semua ~~ SELAMAT MENGUMPUL PAHALE ~~~
*yg bestnyer..disebabkan terlalu mengantuk..i salu tertido ats moto...di iringi dgn angin pagii...wahhh...nyaman...tetibe " ayg !! bgun ! jatuh kang !! " hihihii~ "mane ade tdo...tup mate je ni....." ;p
Read More ->>

Monday, August 2, 2010

cermin cermin cermin...yes !

yes ! da siap pasang..ohh..my luvly mirror...hehhee....
org kate susah nk pasang cermin ni?
xde la susah mane.
berkat kerjasama..cewahhh!! kejap jek..dlm 2jam siap !
buat sis p : dyh buat kejap je? nk suh x my hubby pasang sis p nyer yg lg 2 xsiap tuh? ngee~~

siap satu !
siap kedua !
siap tiga !

wahh..da siap lah !! ngee ~
tq syg ~
Read More ->>

tuk tatapan si dia ~

Harap maklum bukan i yg edit. tp kwn i.
tande time kaseh katenyer sbb my hubby jdk cameraman for our reunion. hihihihi~
( xsangka ade bakat fotografi )
Entry ini jugak sempena i da 6bln bersame..erk? br 6bln da kecoh? biar aa !!
6bln yg sgt 'hebat' ! toceh2 syg ~~

Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page