Monday, April 18, 2022

Berjaya Pregnant After 11years ;)

YA ALLAH, lamanyaaaa tak update blog, kejap ehh. nak tiup tiup sawang kejap. fuhhhfuhhh fuhhhhhh.. Okay dah, Selamat Tahun 2022 korang!! Tahun 2020 & 2021 kita skip okay?? HHAHAHAHHA tak besttttt life time ituewww. Hidup dengan Covid19. Hmmmmm. Macam mana korang? sihat takkkk? ingat lagi tak seketul ida baharum niiiiiiiiiiiiiiiiiii ;p


Aku ada benda nak story mory ni. Banyak sangat benda yang jadik dekat aku sepanjang dua tahun ni. Yang paling aku tak sangka kan, aku berjaya pregnant wei!!!! YA ALLAH, seriussssssss tak sangka! Dan semestinya aku tak sedar pun yang aku mengandung sampailaaaaaa aku gugur. huwarghhhhhhhh sedihnya korang!!!!

Macam mana nak mulakan?Okay macam ni. 2020 memang aku amalkan healthy lifestyle. Aku jogging hari-hari, aku jaga pemakanan aku. Aku tak amik makanan/minuman manis. Aku tinggalkan kejap. Dari berat aku 68kg masa PKP2020, sampai laaa aku berjaya turunkan berat badan ke 57kg paling ringan aku capai Mac 2021.

  
 
kenangan struggle menurunkan berat badan HAHAHA
dari pangkal 6, sekarang , dua dua ketul  ni dah dapat berat pangkal 5
yeayyyy!!!

Sampailaaa tiba bulan puasa 2021, iaitu pada April 2020 kan? Masa tu aku dah pregnant weiii. Tapi disebabkan aku OBSES turunkan berat badan, bulan puasa tu, aku TAK makan nasi. Aku still jogging. Sesekali perut aku cramp, dua minggu sebelum tu, breast aku sakit sangat TAPI aku buat bodoh jeeee. Adoii (read:menyesal). Sampailaaaa, Ramadhan 30, aku dah tak tahan, aku TEST. DUA LINE! menjerit akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

Hari terakhir puasa, ALLAH swt hadiahkan kitaorang sesuatu yang indah, sesuatu yang diinginkan sangat sangat! Hati gembira tak terkira ! Disebabkan aku dah tahu aku mengandong, aku tak masak untuk raya,kononnya nak kurangkan pergerakan. so, apak yang take over dapur untuk masak., itupun nak masak cukup syarat jeeeee. Dah siap masak dalam petang raya gitu, aku ajak apak pergi Hospital untuk check baby ni. Betul ke ada? seakan tak percaya hihi

Test aku pagi tu. Pukul 5pagi!


Kiranya 12/5/2021 tu aku dah sebulan ;))

Masa ni, semua keluarga dan beberapa kawan kawan rapat je yang dah tahu

Raya kedua, aku pi Klinik lagi. teruja!

Tapi itu la, bebetul sekejap ALLAH SWT bagi pinjam, bagi rasa menjadi seorang ibu. dua minggu je. sedihnyaaaa YAALLAH. 11 tahun mama tunggu awak................. aku tak nak la cerita kenapa boleh gugur? aku tak nak salahkan sesiapa, aku cuma nak percaya itu KEHENDAK dan takdir yang telah ditentukan NYA. Kitaorang sebagai hamba, akan redho dengan UJIANNYA ini. Aku percaya dengan semuaaa perjalanan hidup kitaorang yang telah ditentukan. InsyaALLAH, one sweet day, aku pasti akan mengandung lagi....AMINNNNN ;))


 
Masa dah tahu mengandong tu, kitaorang berebut rebut nak pilih nama. Naluri aku kuat mengatakan baby ni BOY. Jom pilih nama BOY hehe. Fateh Eshan nama diberi. halahh halahh halahh comey anak mama;) 



30 Ramadan | 12 Mei 2021.
Saat mama tahu adanya awak dalam perut, Ya ALLAH, bersyukur tak terkira. Air mata kegembiraan. 11tahun mama tunggu awakk nakk😍
Tapi, kegembiraan tu hanya seketika. Betul betul ALLAH bagi pinjam sekejap. Bagi merasa. 😭😭
31 Mei 2021 | Perginya Anak Syurga
Selamat Tinggal Anakku😍
Doakan mama, doakan apak. Dah pergi lah bermain main di Syurga ALLAH😍
Simpan as kenangan terindah❤️

Read More ->>

Thursday, October 22, 2020

Pertama Kali makan Burger & Lobster di Genting Highlands ;)

Lama sangat aku berzikir dekat laki aku, aku nak makan, aku nak rasa Lobster di Genting Highlands tu. Ramai kawan aku review lobster nya is shoooo shedapppp. Aku kan mudah terpengaruh dan geng kuat makan, so aku kene cuba ni HAHAHHAHAH nak nak lobster is my favourite gaisss ;)) Tapi laki aku malas layan kehendak aku. . takut benor dia nak bawak kereta naik atas puncak nun. hello bang, sekarang zaman dah moden, kita naik cable car or grab jelaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa wiiiii~

so route kitaorang = dari rumah ke Awana Skyway (naik cable car RM9/adult/one way). Balik tumpang kereta kawan, esokknya dari hotel ke Genting semula book grab sajok for return. hihihihi . cost around RM9/way. muraaaaaaa jekk. ingat mahal benor? hihi

Nak dijadikkan cerita, pada cuti Hari Malaysia, 16/09/2020 haritu, aku ajak laki aku bercuti di Genting Highlands kihkih. Ntah macam mana angin dia baik, dia turutkan jek. yeayyy! Aku book dua malam di Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands. TAPI aku taknak review hotel tu sebab aku tak suka. Aku just nak review aku makan di Burger & Lobster di Genting Highlands jek hihi.


partner in crime bercuti di Genting Highlands ;))
Indoor Theme Park dah lain sangattt. Makin cantik! Disebabkan tiada games untuk adult sangat, aku tak join main laa, aku just chill chill jek hehe..
maaf tak dapat review sebab tak suka, dari aku kutuk better aku 
takyah cerita langsung kannnn~


Sebelum aku pergi makan sana, memang aku dah maklum, harga makan di Burger & Lobster di Genting Highlands memang MAHAL gila! Aku dah bersedia dan aku dah prepare untuk itu, lagipun semua dihujung jari, kita boleh dapat tahu menu-menu yang ada dekat Burger & Lobster di Genting Highlands sebelum terjah makan dekat internet. So, kita dah boleh adjust bajet kita. Okay kejap aku tepek menu dan harganya..

Menu Air
Menu Makanan

Pada mulanya bila aku pergi Burger & Lobster di Genting Highlands pada hari 16/09/2020 tu, public holiday, orang ramai gilaaaaa beratur. Perut pulak dah lapar, memang tak lah nak tunggu kan? Kecewaaaaaaaaaaaaaaaa sangattttt!!! Tapi aku decide, kita datang lagi keesokkan harinya, itu pun aku plan, aku nak terpacak depan kedai awal awal! Restoran bukak pukul 11am, aku nak sampai sebelum pintu restoran sampai! Nak jadik orang terawal HAHHAHAHHAHHAH #balasdendam hihi

16/09/2020 - nampak tak ramai orang beratur belakang aku tu? hmmm
17/09/2020 - takde orang beratur langsung yeay!!!


Nak dijadikkan cerita, aku sampai dekat Burger & Lobster di Genting Highlands dalam pukul 11am, restoran dah bukak dan guess what? dah ade customer dalam tuh menunggu makanan. eh? aku ingat aku paling awal, ada yang lagi awal rupanya? HAHHAHAHAHA Lepas order order menu, tak lama mana pun aku order sebab aku dah khatam menu menu nya sebelum sampai sini kihkih ;p 


Memang yang ada dekat sini Burger dan Lobster sahaja. Untuk pengetahuan semua, laki aku tak makan seafood, termasuklah si lobster ni. So apa je yang boleh laki aku boleh makan? burger beef yeayy!!!! Harga dalam gambar yang aku tunjuk dekat atas tu, tu adalah harga sekarang, dah murah sikit. Masa aku makan dulu, bukan itu harganya huhu. Diaorang dah turunkan harga, yelaa diskaun lah ni sebab PKPB lah tuh. Aduiiiiii nak repeattt!! TAPI tak boleh pergi GH sob sobs sobss......


Aku order Chili Lobster RM188 (harga pd 16/09/2020), laki aku order Burger The Original RM88 (harga pd 16/09/2020) dan dua dua order air Coke sahaja. Itupun segelas harga RM13 (harga pd 16/09/2020). Total aku makan di Burger & Lobster di Genting Highlands adalah RM302. Bagi aku ianya mahal yang berbaloiiii.... ;)) puas hatii ;))

laki aku cakap sedap sampai dia nak tapau. HAHAHHAHA
shooo shedap!!!!


Apa rasa Chili Losbter tu? Ya ampun korang, sooo shedappp sangattt!! kuah merah tapi chili tu tak pedas pun, lobster tu manis lembut, sedap gila!!! aku makan semangkuk sorang! puas hatiii okay!!! burger dia pun sedap!! besar gilaaaa burger dia, pun laki aku makan sorang, siap dia nak tapau bawak balik hotel lagi. aduudududuududuuuu hihihi mahal sangat ini kalau nak tapau, kita tapau burger king jelaaa HAHHAHAHAHAHHA ;p

ni aku share review dari aku . shooo shedap ;))
Total cost RM302

Lepas makan, sempat jugak la kitaorang singgah dekat GPO, ini pun pertama kali kitaorang sampai. allahu, jakunnyaaa. banyak sales ye? tak tahu la kalau kalau barangan dia adalah tidak up-to-date tapi ade aku kesah? laki aku pun tak kesah. janji sales banyak, dia pun shopping dengan bahagianyaaaa HAHHAHAHHA aku tak da shopping sebab perut aku dah kenyang dengan RM188 lobster kahkahkha!!


ya ya bang, shopping laaaa. terima kasih sebab bawak kita jalan jalan di Genting ;)) 
nanti kita repeat makan lobster yekk yekk hihii laffff you!

Rate 5/5 for our lunch. Kalau ada rezeki lebih, memang akan repeat makan lagi dan akan cuba menu yang lain pulak. Kitaorang laki bini memang tak kisah makanan tu murah ke mahal ke, janji sedap, perut kenyang, aku takkan berkira dengan makanan dan perut aku HAHAHHAHAH banyak jugak yang kecam aku makan makanan mahal ni, aku pun tak faham kenapa mentaliti diaorang macam tuh? cuba tanya diri, "hidup memang kene makan murah je ke? dosa besar ke kalau makan makanan mahal?" dan aku pun faham bila dah mahal macam ni, kita pergi bila ada rezeki lebih je la kan? idok la aku nak pergi makan sana hari.. kang poket aku pun nipis jugakk... Dan rezeki kita tak sama. arraso?? sekian. hihihi ;p


Nota kaki : Makan lah selagi mampu, 
jangan mintak duit orang untuk makan. 
Settle. Hidup Bahagia ;))
Read More ->>

Sunday, October 18, 2020

Resepi Senang dan Simple Nasi Goreng Butter Kambing

Lamanya tak update pasal resepi. Aku setiap kali weekend je masak, weekdays tak larat nak masak sebab balik dari kerja pun dah nak malam hukhuk. So inilah salah satu resepi weekend aku hihi. Resepi nasi goreng kayangan namanya HAHHAHAHA eh takde lah, resepi ni adalah inspirasi by Permaisuri Agong tau. Aku memang follower instagram tuanku @airtangan_tunkuazizah  . Aku suka tengok tuanku masak masak. So tergerak hati aku nak cuba resepi Nasi Goreng Butter Steak tuanku, tapi aku takde steak, aku cuma ada kambing je. jadik laaa kan? hehe ;))


The Bahan :
1. Nasi sejuk
2. Sayur bayam brazil (boleh tukar sayur lain or takyah masuk lgsg jika tak suka)
3. Butter secukupnya (untuk menumis dan digaul bersama nasi)
4. Daging kambing secukupnya (boleh tukar guna bahan lain seperti daging, hotdog dll)
5. Cili padi jika suka pedas
6. Garam secukupnya
7. Telur ikut suka banyak mana nak (dalam resepi ni aku guna 4 biji je)

Senang je kan bahan bahan dia? Kambing tu kalau korang takde, boleh je ganti hotdog ke, ayam ke, daging ke... kita buat dia kan? hehe. Macam aku suka makan sayur, that why aku masukkan sayur bayam, jika korang tak suka sayur hijau, masukkan la carrot ke, brokoli ke, apa apa jelaaaa , janji korang makan sampai habis hihiihi. Oh ya, sepatutnya resepi asal takde pun nak letak cili padi, aku kan kaki pedas, tak layan sangat la nasi yang tak berapa pedas ni , so that why jugak aku tambah cili padi . hehe. Korang kalau masak untuk anak anak, tak yah la bubuh cili padi tu kang pedas pulekkkk . jangan salahkan aku tau kihkih

Cara masak :
1. Grill kambing dahulu (aku perap kambing dgn garam,blackpepper dan mixherbs jek)
2. Gaul butter dgn nasi
3. Masukkan butter, tumis sampai cair then masukkan telor, kacau sedikit tapi jgn hancur sangat
4. Masuk nasi, cili padi yg ditumbuk dan kacau sebati
5. Masukkan pulak kambing dan sayur. Kacau sebati. Perasakan dgn garam. Dan dah SIAP!! Yeay

grill kambing dulu okay? 
dah sejuk baru potong kecik kecik begini
gaul sebati butter dan nasi dulu ya?
tumis butter sampai cair 
butter dah cair terus masukkan telor, kacau lembut, jangan bagi hancur sangat
masukkan nasi dan cili padi tumbuk, kacau sebati
dan last sekali masukkan kambing dan sayur
tadaaaaaaaaaaa dah siap!! ya ampun senang gilaaaaaaaaaaaa. sedap pulak tuh!!
nampak menyelerakan .. kan kan shoooo shedap ;))
B R U N C H for two ;)) Syukur Alhamdulillah ;))

Nanti korang try la buat. Mesti anak anak korang suka. dan korang pun suka! Aku syak yang buatkan nasi goreng ni lagi shedap, itu ramuan add on dia, iaitu kambing kihkih. Sedap jugak nasi goreng kambing ni.... siyes tak pernah terfikir nak buat nasi goreng butter kambing . huhu. Selamat Mencuba korang! ;)) Till next entry resepi yaaaa ;)) STAY SAFE Everyone!

Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page